Friday, November 26, 2010

Tips pakar motivasi


Ada satu malam tu gua lepak lepak dengan member gua budak satu sekolah bainun bestari gua masa gua form 1 sampai form 3. Nama timangan beliau (buat nada orang puteh) Bcon .












Beliau.
Agak hensem.
Bak kata Aie,
"Awat jenuh sangat?"



Beliau sekarang dah bergelar pakar motivasi. Tugas beliau ialah menyemarakkan semangat budak-budak nak ambik peperikasaan awam macam UPSR & PMR. Gua pun tak tau macam mana beliau boleh menaikkan semangat orang, tapi bab menaikkan volume suara gelak memang beliau boleh fight dengan gua.
Gua tak lepak berdua dengan beliau. Gua lepak sekali dengan Bullard. Bullard macam biasa menyokong apa jua yang gua cuba diskusi kan dengan member gua ni. Ya gua lupa, beliau pun member bullard dan gua jugak.

Sembang punya sembang daripada topik bahaya syiah sampailah ke topik filem 2 alam Dr Rozmey, lalu sampailah kepada satu topik ni. Gua pun tanya pada beliau,

"Ada awek untuk gua tak? bosan dowhh, lama gua carik carik tak jumpa jumpa dowhh."

Beliau jawab " Hang carik celah mana? gua tempurung ke? "

" Dowwh , gua carik kat tempat yang ada manusia la, takkan kat dalam peti ais pulak. Aiseh fedap jugak macam ni, takde hiburan lain la gua dowh , dowhh. " Gua balas.

"Okeyla, macam ni aku ada beberapa tips nak carik makwe ni, " Muka beliau serius.

Tak pasal pasal bullard stop main PES 2011 , nyala rokok winston light , dan bagi fokus 100%.
Gua pun buat benda yang sama jugak la memandangkan gua yang tanya soalan tu tadi.

" Okey, 1st hang kalau nak senang dapat awek, kalau boleh hang jangan carik yang lagi muda.
Yang muda-muda ni mata duitan sikit. Diorang tau nak enjoy je, pastu nak carik yang kaya-kaya. Itu hang nak buat stok main bolehla, " Ujar beliau penuh semangat. Bullard masih buat muka tekun dan faham.

Gua terkesima sekejap. Pergh dalam hati gua, macam mana gua nak ejas Emma Watson kalau syarat 1st dah tak kena ni. Hancur hati gua macam ni. Tapi takpe, gua teruskan dengar tips no 2.

" Okey, no 2 kalau hang nak yang betul betul ikhlas dan susah nak lari dekat orang lain, hang carik yang dah bekerjaya. So potensi untuk dia kenal dengan ramai orang agak kurang berbanding dengan yang still belajar. So saingan kurang sikit la bro, " Juga muka bullard sama macam ketika dia mendengar tips no 1

Gua agak bersetuju dengan pandangan beliau, memang makwe yang bekerjaya ni, susah sikit nak melayan ramai pakwe. First pasal dia ada komitmen dengan kerja, second pasal dia agak terhad untuk diusha dan berkenalan dengan ramai orang dalam masa yang singkat.

Tapi dalam hati gua pun rasa agak palat jugak bila gua dengar perkataan 'bekerjaya'.
Kejadah apa gua haram kerja pun takde lagi, nak mengorat makwe yang dah bekerjaya??

So gua pun tanyalah dekat beliau pasal kemusykilan gua tu.

"Kalau gua tak kerja lagi, macam mana? boleh ejas makwe tak? "

Lalu beliau menjawab, " Lepak minum jom Ehsan, dahaga la pulak weh. Nanti aku sambung. "

Dalam hati gua, " Faking! " .




No comments:

Post a Comment

RUNGUTAN LU ORANG