Monday, November 22, 2010

SEJARAH PENUBUHAN LEMBAGA AIR PERAK (RARE!)




Lembaga Air Perak atau LAP wujud hasil usahasama antara Tunku Abdul Rahman dan Lord William Reid sewaktu mereka sedang lepak minum di satu kedai mamak.
Idea itu tercetus ketika mereka sedang bermain dam aji, tatkala Tunku hampir tewas,
beliau sengaja mengutarakan idea untuk menubuhkan satu lembaga yang dinamakan lembaga air perak.




Tempat perlawanan dam aji serta idea itu tercetus




Lord William Reid lantas tertarik dengan idea itu lalu segera memberi buah fikirannya kepada Tunku dalam usaha menjayakan idea Tunku itu tanpa menyedari Tunku sedang cuba mengalihkan perhatiannya untuk cuba bermain tipu.

Akhirnya setelah kata sepakat dicapai, pada 1 Januari 1990, Lembaga Air Perak (LAP) telah ditubuhkan bagi mengawal sistem perjalan dan infrastruktur bekalan air kepada rakyat negeri Perak.




Tunku Abdul Rahman (kiri) tersenyum lebar semasa usahasama dicapai
dan dalam masa yang sama beliau turut berbangga kerana strateginya berjaya




Mengikut sumber, itu juga adalah kali terakhir Tunku dan Lord William Reid bermain dam aji bersama-sama dan mengikut sumber juga, Tunku berjaya mempertahankan rekod tanpa kalahnya dengan Lord William Reid dengan kemenangan 56 kali berbalas 0.



Okey, cukup bicara sejarah kita pada hari ini. Tujuan gua tulis sejarah yang rare dan agak rahsia ini adalah kerana tadi gua baru lepas hantar borang kerja dekat LAP dan masa gua tengah relax hisap rokok, datang seorang pengawal keselamatan yang agak berumur menceritakan kisah rare ni pada gua. So gua rasa macam tak sedap hati je kalau tak share dengan lu orang. Rasa macam kena curse pulak dengan pakcik tu kalau tak cerita. So gua berharap dengan entri gua pasal Lembaga Air Perak ni akan mencelikkan mata unit perjawatan di sana nak terima gua bekerja disana sebab menurut pakcik tu, gua orang pertama dalam Perak ni yang tau pasal sejarah yang rare ni. Bangga gua !








2 comments:

RUNGUTAN LU ORANG