Showing posts with label aie. Show all posts
Showing posts with label aie. Show all posts

Friday, November 26, 2010

Tips pakar motivasi


Ada satu malam tu gua lepak lepak dengan member gua budak satu sekolah bainun bestari gua masa gua form 1 sampai form 3. Nama timangan beliau (buat nada orang puteh) Bcon .












Beliau.
Agak hensem.
Bak kata Aie,
"Awat jenuh sangat?"



Beliau sekarang dah bergelar pakar motivasi. Tugas beliau ialah menyemarakkan semangat budak-budak nak ambik peperikasaan awam macam UPSR & PMR. Gua pun tak tau macam mana beliau boleh menaikkan semangat orang, tapi bab menaikkan volume suara gelak memang beliau boleh fight dengan gua.
Gua tak lepak berdua dengan beliau. Gua lepak sekali dengan Bullard. Bullard macam biasa menyokong apa jua yang gua cuba diskusi kan dengan member gua ni. Ya gua lupa, beliau pun member bullard dan gua jugak.

Sembang punya sembang daripada topik bahaya syiah sampailah ke topik filem 2 alam Dr Rozmey, lalu sampailah kepada satu topik ni. Gua pun tanya pada beliau,

"Ada awek untuk gua tak? bosan dowhh, lama gua carik carik tak jumpa jumpa dowhh."

Beliau jawab " Hang carik celah mana? gua tempurung ke? "

" Dowwh , gua carik kat tempat yang ada manusia la, takkan kat dalam peti ais pulak. Aiseh fedap jugak macam ni, takde hiburan lain la gua dowh , dowhh. " Gua balas.

"Okeyla, macam ni aku ada beberapa tips nak carik makwe ni, " Muka beliau serius.

Tak pasal pasal bullard stop main PES 2011 , nyala rokok winston light , dan bagi fokus 100%.
Gua pun buat benda yang sama jugak la memandangkan gua yang tanya soalan tu tadi.

" Okey, 1st hang kalau nak senang dapat awek, kalau boleh hang jangan carik yang lagi muda.
Yang muda-muda ni mata duitan sikit. Diorang tau nak enjoy je, pastu nak carik yang kaya-kaya. Itu hang nak buat stok main bolehla, " Ujar beliau penuh semangat. Bullard masih buat muka tekun dan faham.

Gua terkesima sekejap. Pergh dalam hati gua, macam mana gua nak ejas Emma Watson kalau syarat 1st dah tak kena ni. Hancur hati gua macam ni. Tapi takpe, gua teruskan dengar tips no 2.

" Okey, no 2 kalau hang nak yang betul betul ikhlas dan susah nak lari dekat orang lain, hang carik yang dah bekerjaya. So potensi untuk dia kenal dengan ramai orang agak kurang berbanding dengan yang still belajar. So saingan kurang sikit la bro, " Juga muka bullard sama macam ketika dia mendengar tips no 1

Gua agak bersetuju dengan pandangan beliau, memang makwe yang bekerjaya ni, susah sikit nak melayan ramai pakwe. First pasal dia ada komitmen dengan kerja, second pasal dia agak terhad untuk diusha dan berkenalan dengan ramai orang dalam masa yang singkat.

Tapi dalam hati gua pun rasa agak palat jugak bila gua dengar perkataan 'bekerjaya'.
Kejadah apa gua haram kerja pun takde lagi, nak mengorat makwe yang dah bekerjaya??

So gua pun tanyalah dekat beliau pasal kemusykilan gua tu.

"Kalau gua tak kerja lagi, macam mana? boleh ejas makwe tak? "

Lalu beliau menjawab, " Lepak minum jom Ehsan, dahaga la pulak weh. Nanti aku sambung. "

Dalam hati gua, " Faking! " .




Thursday, November 25, 2010

Siri cerita rakyat : Sang Kancil dan Sang Buaya








Antara cerita rakyat yang paling gua taksub dan teruja masa zaman gua kecik-kecik dulu.
Jalan cerita yang penuh emosi, lengkap dengan pengajaran yang amat berguna buat gua
masa gua kecik-kecik untuk gua menempuh zaman remaja gua. Cuma ending agak kote sikit.

Cerita di mulakan dengan pengenalan kepada watak-watak dalam hutan serta penguasaan puak-puak buaya terhadap sekalian makhluk haiwan yang lain.
Okey tak payah gua nak bagi nama kat sekor-sekor buaya, buang masa je gua nak pikir, gua terus pada niat hero kita, sang kancil, dalam usaha beliau sangap nak makan buah yang terletak di seberang sungai.

Sang kancil mendapat satu idea, yang pada masa gua kecik-kecik dulu gua rasa antara idea yang paling gua impress gila-gila. Gua cuba aplikasikannya dekat kedai runcit kampung gua, tapi gua bukan dapat makan buah, gua dapat makan penampar. Lalu, akibat kebodohan makhluk yang bernama sang buaya ni, dapatlah sang kancil melintas sungai. Tapi malangnya, ending agak bangsat, tak pasal-pasal wujud watak monyet pulak yang berjaya memakan buah-buahan disitu.
Kancil dapat apa ??
Haram jadah apa buah pun tak dapat makan.

So kesimpulannya? monyet menang. Kancil? Ya, kekal sebagai si penipu. Buaya? loser.

Okey cukup gua cerita apa yang terjadi. Tak kisahlah siapa yang dapat makan buah, sekurang-kurangnya storyline nya lagi bagus dari cerita bangang skyline.

Based on klip di atas, ada beberapa kesimpulan yang gua dapat faham hasil pengalaman hidup gua, yang berkaitan dengan klip di atas.


1. Kepandaian sang kancil, tetap ada kurangnya.


Gua tak nafikan, sang kancil adalah simbol kepandaian yang telah di install kedalam otak masyarakat melayu sejak zaman piala HMS Malaya ditukarkan nama kepada Piala Malaysia.
Dalam video klip tersebut di paparkan bagaimana kancil yang pada mulanya ingin melintas sungai, tapi telah di nasihatkan oleh ikan supaya jangan melintas kerana air sungai itu sangat dalam. So gua pelik. Menipu buaya pandai, tapi cuba memahami tahap kedalaman sungai, tak reti? So disini gua fahamlah, tak semua manusia akan expert atau dalam bahasa sepanyol, hustler dalam semua bidang. Gua tak nafikan ada member-member gua expert dalam macam-macam hal, tapi tak expert dalam semua hal.

So macam kancil, beliau expert dalam menipu, tapi dalam menilai tahap kedalaman sungai beliau failed. So beliau amat rendah diri dan menurut sahaja cakap ikan yang telah memberi nasihat pada beliau. So far setakat ni, mana-mana member gua yang masih rapat dengan gua, tak ada yang "buat-buat terrer" (bak kata Aie) sangat. Alhamdulillah. Bukan tak ada member gua yang buat-buat terrer ni, ada , tapi sorrylah, gua tak berkenan nak member dengan lu rapat-rapat.
Tapi gua tak kisah pun, dah tu perangai dia. baik gua layan youjizz dari pikir pasal dia punya perangai.



2. Kebodohan sang buaya.

Ya, dalam klip di atas ditonjolkan sang buaya amat bodoh sebab kena tipu.
Apa yang membuatkan Sang Buaya ditipu? yeap , semuanya untuk makan.
Apa kaitan makan dengan hidup gua? Tak ada kaitan kalau di anggap makan sahaja semata-semata. Tapi 'makan' disini kalau diperhatikan adalah berkait rapat dengan keinginan .
Yess, desire. Desire yang melampau-lampau yang akhirnya transform jadi tamak.

Tak salah mau tamak. Tapi kalau tamak yang masih dalam kawalan, tak mengapalah. Itu sangat bagus dan agak digalakkan.

Tapi tamak dalam pengalaman hidup gua ni lain sikit. Apa yang gua tamak?
Tak payah lah gua cerita satu persatu, sampai raya tahun depan pun tak habis.
Tapi memang gua admit gua memang pernah tamak lengkap sekali dengan pakej tambahan iaitu membazir dan bila digabungkan ia dinamakan tak bersyukur.

So itu adalah salah satu sifat buruk gua yang cuba gua nak kurangkan slow-slow.
Gua syak pasal gua ada sifat ni yang membuatkan gua susah nak dapat makwe sampai ke sudah.
Tamak ni bila dipecah-pecahkan akan ada satu sifat yang dinamakan memilih dalam mencari makwe.

Ya jujur gua cakap, gua agak memilih. Buat apa gua nak sorok-sorok sifat gua.
Kalau itu sifat gua, gua cakap terus terang. Tak suka? pegi mampus.



So kesimpulannya gua kena berubah untuk sifat gua yang buruk-buruk tu.
Gua harap 1 day gua dapat buang sifat-sifat celaka tu dalam usaha nak mengejas Emma Watson dan gua juga harus belajar magic di sekolah kebangsaan hogwarts dalam usaha gua merealisasikan impian murni gua tu.



Sekali lagi gua tonjolkan, pembakar semangat gua .





















Saturday, November 20, 2010

Harry Potter 7








Semalam gua bangun awal dan bercadang nak tengok wayang pada malamnya.
Tak pasal-pasal gua dengan budak amerika bangun pagi sebelum tengah hari (rare ).
Macam biasa sejak sebulan dua ni, gua pagi-pagi bangun je nampak effect gitar, amp gitar depan mata. yea budak amerika punya.
Okey, gua bangun then tiba-tiba buat-buat rajin kemas rumah Aie dengan budak amerika (rare lagi ).

So ada dua benda rare di situ yang berlaku.
rare dalam bahasa zaman P Ramlee , buang tebiat.
Gua syak ni penangan budak Ika Riana member chat fesbuk gua tu la yang chat ngan gua malam tadi, sampai buat gua mengantuk terus tido awal.

Okey, then budak amerika call Tun, booking tiket dan setel. 10 tiket siap.
So gua keluar dengan budak amerika dan arip , pergi LAP, ambik borang kerja,
dan macam biasa arip buat perangai celaka pegi gelak kat orang lain yang nak ambik borang yang sama.

Okey tepat pukul 8.40 malam gua sampai JJ,
ya, 8.40 lewat 10 minit. Kenapa lewat? macam biasa gua dengan lambat macam sepupu belah ipar duai.

So gua masuk, ambik port lepak sebelah dann & mirul gua start fokus pada filem.
Yess, memang gua sangat boleh fokus.




fokus utama gua

















gorgeous !