Sunday, January 30, 2011

Make Love (24SX)




Quite funny ! keh keh keh . memang lawak ah !



Pada suatu petang yang bosan, Ajoy bertanya kepada bapaknya ,

ajoy : pak, betul ke make love tu best?

bapak : haah, samalah best macam kamu korek hidung kamu!

ajoy : tapi betul ke org pompuan lagi rasa best?

bapak : kalo kamu korek hidung, hidung kamu ke jari kamu yang rasa best?

ajoy : tapi kenapa org pompuan tak suka diperkosa?

bapak : kalo kamu jalan2, tetiba ada org nak korek hidung kamu…
kamu suka tak?!

ajoy : betul ke tak boleh buat tu masa datang bulan?

bapak : kalo hidung kamu berdarah, kamu nak korek jugak ke?!

ajoy : kenapa org lelaki tak suka buat tu pakai kondom?

bapak : kamu suka tak korek hidung masa pakai sarung tangan?!

ajoy : waaahhh… bapak ni pandailah!


kah kah !! Pandai bapaknya memberi contoh . bagus bapak ajoy ni . haha !










MAKE LOVE !











CUTI



Cuti . Kadang kadang best . Ya, best sebab dapat tido puas puas . Kadang kadang bosan jugak.
Okey, memandangkan nama pun cuti, macam biasa lecturer akan cuba menukarkan definisi cuti tu kepada saat mendera student student nya .
Macam haram zades banyak nya assignment yang datang menduga jiwa raga gua.

Pada awalnya, baru gua nak set, cuti ni gua ingat nak buat 2 benda.
1st gua nak kaji balik pasal tajuk projek akhir gua. Ntah hapa hapa punya proposal yang gua anta,
gua pun tataw hujung pangkal . kah kah kah .
So gua decide nak buat yang baru la.

2nd, gua ingat nak study balik killer paper yang paling gua menyampah dalam sem 5 ni.
Tapi nak buat macam mana , as student kena jugak la gua buat semua yang ada dalam list list bawah ni . Gua tulis ni just as a reminder ntuk gua kalau kalau gua lupa.

1. Assignment Programming 2 ( 2 )
2. Risk Assesment report
3. Study Math for Test 1 (chapter 1-3)
4. Study Microp for Test 1 (chapter1-3)
5. Study Computer System & Application for Test 1 (Chapter1-4)
6. Study pasal final project
7. Study PLC for Test 1 .

Haa , ambik ko . Berderet macam orang tengah beratur nak pergi mengundi banyak nya.

masuk hari rabu or khamis, haaa macam ni la rupa gua nanti :










COMEL JUGAK :P












Sunday, January 09, 2011

2010 Review




Ya, gua tau, gua agak entahapahapa sebab hari tahun baru dah lama berlalu,
tapi baru hari ni sibuk sibuk nak tulis pasal tahun 2010.
Kalau ikut normal manusia, nak cerita pasal kenangan tahun 2010, ceritalah masa menjelang
hari hari terakhir 2010 betul tak?
Tapi gua peduli apa, ini blog gua, suka hati gua lah nak tulis bila pun.

Kalau ikut kan, memang gua malas sangat nak tulis dah sejak sambung belajar ni.
Tapi takpela, disebabkan tahun 2010 haritu, banyak jugak cerita cerita baru,
dan menarik yang terjadi kat gua, gua gagahkan juga la tulis sebagai kenangan untuk gua.

Tahun 2010 gua rasa pendek sangat. Tak sempat gua nak wat something yang amat bermakna,
sedar sedar 2010 dah melabuhkan tirainya.
Datang pulak 2011 dan semakin banyak lah masalah yang datang yang terpaksa gua tempuh.
Terus terang gua cakap, 2010 memang tahun yang boleh buat gua barah otak.
Banyak kenangan pahit daripada kenangan manis.

Okey, tak payah merepek banyak sangat, gua teruskan dengan cerita gua.
Antara top list kenangan manis gua dalam tahun 2010 ni,
dah pasti lah kejayaan gua dalam arena belajar gua.
Ya gua tau, apa sangat gua ambik setakat sijil mau bangga bangga lebih.
Peduli apa gua, gua amik sijil, gua okay je!

Nak cerita pasal kenangan manis, tak banyak sangat yang terjadi.
Yang lain lain cuma biasa biasa sahaja.

Cuma gua suka kalau gua tulis pasal kenangan pahit gua.
Sebab kalau dah namanya pahit, kita mesti kena selalu ingat,
supaya sejarah pahit tak akan berulang kembali.
sebab bila sejarah pahit berulang kembali,
memang fakap sangat sangat !

Gua malas nak sembang pasal perempuan, sebab kalau gua cerita pasal sakit hati gua dengan perempuan, sampai tahun 2020 pun tak kan abis.
Ya bagi gua tak semua perempuan sama di dunia ni,
gua akui semua tu, tapi kadang kadang perempuan tu yang make them look soooo silly!

Tak payah la gua nak sebut perempuan yang mana,
gua pun umur dah 24 tahun ni,
so memang dah terlalu ramai dan banyak sifat perempuan yang gua dah kenal.
wajar jugak gua labelkan perempuan perempuan tersebut sebagai 'BODOH'.
Bodoh sebab apa? Terlalu banyak sebab kalau nak cerita.
Gua pun kadang kadang tak faham, apa sangat yang dikejar oleh perempuan perempuan ni.

Tapi takpelah, memandangkan gua pun bukannya sedara dekat diorang,
lantak diorang lah nak memperbodohkan diri sendiri ke ape ke.
Yang penting gua tak diperbodohkan diorang.
Gua cerita bukan hasil pengalaman gua diperbodohkan tapi hasil pemerhatian gua melihat aksi diperbodohkan itu terjadi.
Benarlah kata orang, ada duit dapat segalanya. Gua admit sangat sangat !
Kepada yang pernah diperbodohkan, tak payah lah nak tunjuk angkuh sangat sangat.
Konon macam jiwa kental. Terus terang label lu dah jadi label sampah.

Okey untuk member gua yang dah habis study dan dah dapat kerja,
keep it up guys.
Dapat duit gaji jangan lupa belanja gua. Hahaha!
Untuk member gua yang masih study, try your best lagi ok.
Lu orang memang boleh punya nak dapat result pecah panggung.

Untuk Akram Musthakim yang accident teruk tempoh hari,
saya doakan sangat sangat supaya anda cepat sembuh dan kembali pulih.
Serius kejadian tersebut mengingatkan kembali benda yang sama yang terjadi kat gua tahun 2009 dulu.

So gua pun malas nak tulis panjang panjang dah,
gua harap tahun 2011 ni gua lebih sukses dan harap harap dapat jugak gua ejas Emma Watson!









Thursday, December 23, 2010

Sense of humor




Isnin malam selasa lepas, gua tak ingat tarikh, gua dengan budak budak kelas gua yang baru menganjurkan satu aktiviti mengeratkan silaturrahim sesama kami dengan bermain futsal.
So macam biasa lepas main, sah sah perasaan nak telan air sirap akan melanda gua.
Budak budak ni ajak lepak kedai gelas besar.
Ya, bagi masyarakat suku kaum Ipoh, InsyaAllah lu orang memang kenal tempat ni. Antara tempat fevret untuk individu yang suka teguk air banyak banyak dengan kadar yang murah sebab segelas air di kedai ni, bersamaan dengan segelas air bersaiz king di Mamak Ehsan.

Okey, lepas sampai, ambik port, then gua order. Sebab gua lapar nak mampus, gua ingat gua order benda yang paling senang dan cepat untuk tukang masak sediakan iaitu nasi ayam
(sebenarnya ni bukan fevret gua, tapi lapar punya pasal, gua sebat asalkan cepat).

Makcik "Order order, nak makan ape ",

Gua dengan konpiden jawab "Nasi ayam ada makcik ? ",

Makcik "Takde, tapi takpe, makcik boleh order kedai sana ",

Gua "Ok, cun lah makcik, kasik satu okeh ! ",

So selang 10 minit lepas tu, nasi gua sampai. Gua pun
try la usha usha tanya makcik tu pasal ramuan tambahan untuk menyedapkan santapan gua.

Gua tanya "Err, makcik, sambal belacan ada tak makcik ?? ",

Makcik jawab dengan konfiden "Ada ada, kejap ye makcik ambik ",

Okey cantik. Gua tunggu then makcik sampai bawak sambal gua. Then member gua pulak mengada ngada nak mintak satu lagi ,

Member gua "Makcik, ada sambal belacan lagi tak? Tak cukup la ni, mintak tambah lagi ek "

Makcik tu jawab "Kalo nak sambal, pegilah tanya dekat kedai yang jual nasi ayam ni . .",

Gua jadik heran dengarnya. Lalu gua tanya makcik tu ,

"Makcik, tadi makcik bagi kat saya sambal belacan tu kan?? dah habis dah ke ?? ",

Lalu makcik tu dengan konpiden jawab ,

"Oh , sambal belacan ! Makcik ingatkan sambal nasi ayam tu. YELA , MAKCIK SAKIT TEKAK NI, TAK BRAPE DENGOR SANGAT . .",


Gua terkesima. Ni makcik ni telinga dia dekat leher ke hape??
Gua syak makcik ni la yang pihak NASA tengah carik berkaitan dengan kes kes penampakan alien yang heboh di katakan di serata dunia ni.

Tahniah makcik, segala sakit sakit gua main futsal telah terubat dengan conversation yang cukup bermakna antara gua dengan makcik tu.





Saat saat sebelum gua jumpa dengan makcik tersebut







Monday, December 13, 2010

Sibuk @ BZ

Pehh , lama gua tak update sini.
Sejak El-Clasico melabuhkan tirai, gua pun turut berlabuh sama meraikan kemenangan mutlak
team fevret gua ni lawan team kaya babi.
Tak sempat nak ulas apa-apa pasal game tu dan gua rasa tak perlu pun sebab macam dah basi je nak cerita. Tapi apa-apapun gua tetap nak cakap game tu antara game terbaik Barca sejak gua kenal team Barca ni. Complete semua segi daripada player sampai tukang buat air.

Okey, hentikan mengarut gua yang kalau diteruskan, sampai esok tak habis.
Gua jarang update sekarang pasal gua tersangat sangat bz dan sibuk sejak gua dapat berita tergempar permohonan pertukaran kos dan poli gua dipersetujui oleh FIFA pada 29 hb 11 lepas.
Apa mimpi Sepp Blatter luluskan pun gua tak tau. Takpe yang penting hala tuju gua dah betul sangat dah ni.

So sekarang gua harus menempuh alam bz kembali yang gua rasa dapat memberi impak yang ketara terhadap sesi meng update blog gua. So kalau ada masa lagi nanti gua story pulak suasana class serta budak-budak baru yang gua kenal dekat kelas baru gua tu ok.
Chalow~




Monday, November 29, 2010

El Clásico




BARCELONA VS REAL MADRID



Pertemuan derby antara dua bandar besar di Sepanyol yang boleh juga dianggap antara pertemuan derby yang paling popular di dunia selain Perak dan Selangor.
Ya, memang game ni antara yang paling ditunggu tunggu oleh gua saban tahun.

So ini adalah sejarah head to head antara kedua-dua pasukan.





P/S : La Liga sahaja


Overall head to head



So berdasarkan pada rekod pertemuan lalu, ternyata Real Madrid mengatasi Barcelona dari segi jumlah kemenangan antara kedua-dua pasukan.

Di bawah adalah beberapa fakta-fakta menarik mengenai El Clasico

  1. Real Madrid 11-1 Barcelona adalah kemenangan terbesar yang berjaya dicatatkan untuk pertemuan antara kedua dua pasukan pada tahun 1943 semasa perlawanan Copa del Ray.
  2. Alfredo Di Stefano adalah penjaring terbanyak setakat ini untuk pertemuan antara kedua dua pasukan dengan jumlah jaringan sebanyak 18.

So gua harap pemain kriket kegemaran gua iaitu Lionel Messi berjaya menjaringkan gol yang menarik dan seterusnya menghadiahkan kemenangan bergaya buat Barcelona.

Gua predict scoreline hari ini,

Barcelona 3-0 Real Madrid






ALHAMDULILLAH


Entri khas gua wujudkan hari ni sebab gua terlampau happy akhirnya gua dapat gak further study kat tempat & kos yang gua nak.
So at least penat lelah gua kejar result gempak gempak time gua ambik sijil dulu ,
macam berbaloi jugak la . Okey, lepas ni target gua 4 flat. lu orang nak gelak ke nak ape ke , lantak lu orang.



Alhamdulillah


Kalau diikutkan, sepatutnya gua dapat tawaran di poli johor, kos elektronik kawalan.
Ya memang gua tak minat langsung nak pergi. Rasa macam kena kahwin paksa pulak time tu.
Gua da pening da. Aduh memang lari dari pelan konsep hidup gua la kalau camni. Sebab dengar khabarnya Emma Watson memang minat dekat lelaki yang ambik kos elektronik komputer.

So gua try punya try mintak tukar, akhirnya dapat. Memang cita-cita gua nak ejas Emma Watson nampak macam makin menjadi kenyataan pulak ni.
Doakan gua berjaya okey !
Keh keh keh .







Friday, November 26, 2010

Tips pakar motivasi


Ada satu malam tu gua lepak lepak dengan member gua budak satu sekolah bainun bestari gua masa gua form 1 sampai form 3. Nama timangan beliau (buat nada orang puteh) Bcon .












Beliau.
Agak hensem.
Bak kata Aie,
"Awat jenuh sangat?"



Beliau sekarang dah bergelar pakar motivasi. Tugas beliau ialah menyemarakkan semangat budak-budak nak ambik peperikasaan awam macam UPSR & PMR. Gua pun tak tau macam mana beliau boleh menaikkan semangat orang, tapi bab menaikkan volume suara gelak memang beliau boleh fight dengan gua.
Gua tak lepak berdua dengan beliau. Gua lepak sekali dengan Bullard. Bullard macam biasa menyokong apa jua yang gua cuba diskusi kan dengan member gua ni. Ya gua lupa, beliau pun member bullard dan gua jugak.

Sembang punya sembang daripada topik bahaya syiah sampailah ke topik filem 2 alam Dr Rozmey, lalu sampailah kepada satu topik ni. Gua pun tanya pada beliau,

"Ada awek untuk gua tak? bosan dowhh, lama gua carik carik tak jumpa jumpa dowhh."

Beliau jawab " Hang carik celah mana? gua tempurung ke? "

" Dowwh , gua carik kat tempat yang ada manusia la, takkan kat dalam peti ais pulak. Aiseh fedap jugak macam ni, takde hiburan lain la gua dowh , dowhh. " Gua balas.

"Okeyla, macam ni aku ada beberapa tips nak carik makwe ni, " Muka beliau serius.

Tak pasal pasal bullard stop main PES 2011 , nyala rokok winston light , dan bagi fokus 100%.
Gua pun buat benda yang sama jugak la memandangkan gua yang tanya soalan tu tadi.

" Okey, 1st hang kalau nak senang dapat awek, kalau boleh hang jangan carik yang lagi muda.
Yang muda-muda ni mata duitan sikit. Diorang tau nak enjoy je, pastu nak carik yang kaya-kaya. Itu hang nak buat stok main bolehla, " Ujar beliau penuh semangat. Bullard masih buat muka tekun dan faham.

Gua terkesima sekejap. Pergh dalam hati gua, macam mana gua nak ejas Emma Watson kalau syarat 1st dah tak kena ni. Hancur hati gua macam ni. Tapi takpe, gua teruskan dengar tips no 2.

" Okey, no 2 kalau hang nak yang betul betul ikhlas dan susah nak lari dekat orang lain, hang carik yang dah bekerjaya. So potensi untuk dia kenal dengan ramai orang agak kurang berbanding dengan yang still belajar. So saingan kurang sikit la bro, " Juga muka bullard sama macam ketika dia mendengar tips no 1

Gua agak bersetuju dengan pandangan beliau, memang makwe yang bekerjaya ni, susah sikit nak melayan ramai pakwe. First pasal dia ada komitmen dengan kerja, second pasal dia agak terhad untuk diusha dan berkenalan dengan ramai orang dalam masa yang singkat.

Tapi dalam hati gua pun rasa agak palat jugak bila gua dengar perkataan 'bekerjaya'.
Kejadah apa gua haram kerja pun takde lagi, nak mengorat makwe yang dah bekerjaya??

So gua pun tanyalah dekat beliau pasal kemusykilan gua tu.

"Kalau gua tak kerja lagi, macam mana? boleh ejas makwe tak? "

Lalu beliau menjawab, " Lepak minum jom Ehsan, dahaga la pulak weh. Nanti aku sambung. "

Dalam hati gua, " Faking! " .




Thursday, November 25, 2010

Siri cerita rakyat : Sang Kancil dan Sang Buaya








Antara cerita rakyat yang paling gua taksub dan teruja masa zaman gua kecik-kecik dulu.
Jalan cerita yang penuh emosi, lengkap dengan pengajaran yang amat berguna buat gua
masa gua kecik-kecik untuk gua menempuh zaman remaja gua. Cuma ending agak kote sikit.

Cerita di mulakan dengan pengenalan kepada watak-watak dalam hutan serta penguasaan puak-puak buaya terhadap sekalian makhluk haiwan yang lain.
Okey tak payah gua nak bagi nama kat sekor-sekor buaya, buang masa je gua nak pikir, gua terus pada niat hero kita, sang kancil, dalam usaha beliau sangap nak makan buah yang terletak di seberang sungai.

Sang kancil mendapat satu idea, yang pada masa gua kecik-kecik dulu gua rasa antara idea yang paling gua impress gila-gila. Gua cuba aplikasikannya dekat kedai runcit kampung gua, tapi gua bukan dapat makan buah, gua dapat makan penampar. Lalu, akibat kebodohan makhluk yang bernama sang buaya ni, dapatlah sang kancil melintas sungai. Tapi malangnya, ending agak bangsat, tak pasal-pasal wujud watak monyet pulak yang berjaya memakan buah-buahan disitu.
Kancil dapat apa ??
Haram jadah apa buah pun tak dapat makan.

So kesimpulannya? monyet menang. Kancil? Ya, kekal sebagai si penipu. Buaya? loser.

Okey cukup gua cerita apa yang terjadi. Tak kisahlah siapa yang dapat makan buah, sekurang-kurangnya storyline nya lagi bagus dari cerita bangang skyline.

Based on klip di atas, ada beberapa kesimpulan yang gua dapat faham hasil pengalaman hidup gua, yang berkaitan dengan klip di atas.


1. Kepandaian sang kancil, tetap ada kurangnya.


Gua tak nafikan, sang kancil adalah simbol kepandaian yang telah di install kedalam otak masyarakat melayu sejak zaman piala HMS Malaya ditukarkan nama kepada Piala Malaysia.
Dalam video klip tersebut di paparkan bagaimana kancil yang pada mulanya ingin melintas sungai, tapi telah di nasihatkan oleh ikan supaya jangan melintas kerana air sungai itu sangat dalam. So gua pelik. Menipu buaya pandai, tapi cuba memahami tahap kedalaman sungai, tak reti? So disini gua fahamlah, tak semua manusia akan expert atau dalam bahasa sepanyol, hustler dalam semua bidang. Gua tak nafikan ada member-member gua expert dalam macam-macam hal, tapi tak expert dalam semua hal.

So macam kancil, beliau expert dalam menipu, tapi dalam menilai tahap kedalaman sungai beliau failed. So beliau amat rendah diri dan menurut sahaja cakap ikan yang telah memberi nasihat pada beliau. So far setakat ni, mana-mana member gua yang masih rapat dengan gua, tak ada yang "buat-buat terrer" (bak kata Aie) sangat. Alhamdulillah. Bukan tak ada member gua yang buat-buat terrer ni, ada , tapi sorrylah, gua tak berkenan nak member dengan lu rapat-rapat.
Tapi gua tak kisah pun, dah tu perangai dia. baik gua layan youjizz dari pikir pasal dia punya perangai.



2. Kebodohan sang buaya.

Ya, dalam klip di atas ditonjolkan sang buaya amat bodoh sebab kena tipu.
Apa yang membuatkan Sang Buaya ditipu? yeap , semuanya untuk makan.
Apa kaitan makan dengan hidup gua? Tak ada kaitan kalau di anggap makan sahaja semata-semata. Tapi 'makan' disini kalau diperhatikan adalah berkait rapat dengan keinginan .
Yess, desire. Desire yang melampau-lampau yang akhirnya transform jadi tamak.

Tak salah mau tamak. Tapi kalau tamak yang masih dalam kawalan, tak mengapalah. Itu sangat bagus dan agak digalakkan.

Tapi tamak dalam pengalaman hidup gua ni lain sikit. Apa yang gua tamak?
Tak payah lah gua cerita satu persatu, sampai raya tahun depan pun tak habis.
Tapi memang gua admit gua memang pernah tamak lengkap sekali dengan pakej tambahan iaitu membazir dan bila digabungkan ia dinamakan tak bersyukur.

So itu adalah salah satu sifat buruk gua yang cuba gua nak kurangkan slow-slow.
Gua syak pasal gua ada sifat ni yang membuatkan gua susah nak dapat makwe sampai ke sudah.
Tamak ni bila dipecah-pecahkan akan ada satu sifat yang dinamakan memilih dalam mencari makwe.

Ya jujur gua cakap, gua agak memilih. Buat apa gua nak sorok-sorok sifat gua.
Kalau itu sifat gua, gua cakap terus terang. Tak suka? pegi mampus.



So kesimpulannya gua kena berubah untuk sifat gua yang buruk-buruk tu.
Gua harap 1 day gua dapat buang sifat-sifat celaka tu dalam usaha nak mengejas Emma Watson dan gua juga harus belajar magic di sekolah kebangsaan hogwarts dalam usaha gua merealisasikan impian murni gua tu.



Sekali lagi gua tonjolkan, pembakar semangat gua .





















PERLAWANAN AKHIR HOKI SUKAN ASIA 2010

Gudluck gua ucapkan buat hero-hero Malaysia sempena game petang ni .
Jangan lupa seluruh rakyat Malaysia, jam 5 petang ni sama-sama kita memberi sokongan padu kepada player-player hoki kita .

klip khas untuk menaikkan semangat lu orang !





Gua bajet hari ni Malaysia menang 3-2 . Okeh steady !