Thursday, December 23, 2010

Sense of humor




Isnin malam selasa lepas, gua tak ingat tarikh, gua dengan budak budak kelas gua yang baru menganjurkan satu aktiviti mengeratkan silaturrahim sesama kami dengan bermain futsal.
So macam biasa lepas main, sah sah perasaan nak telan air sirap akan melanda gua.
Budak budak ni ajak lepak kedai gelas besar.
Ya, bagi masyarakat suku kaum Ipoh, InsyaAllah lu orang memang kenal tempat ni. Antara tempat fevret untuk individu yang suka teguk air banyak banyak dengan kadar yang murah sebab segelas air di kedai ni, bersamaan dengan segelas air bersaiz king di Mamak Ehsan.

Okey, lepas sampai, ambik port, then gua order. Sebab gua lapar nak mampus, gua ingat gua order benda yang paling senang dan cepat untuk tukang masak sediakan iaitu nasi ayam
(sebenarnya ni bukan fevret gua, tapi lapar punya pasal, gua sebat asalkan cepat).

Makcik "Order order, nak makan ape ",

Gua dengan konpiden jawab "Nasi ayam ada makcik ? ",

Makcik "Takde, tapi takpe, makcik boleh order kedai sana ",

Gua "Ok, cun lah makcik, kasik satu okeh ! ",

So selang 10 minit lepas tu, nasi gua sampai. Gua pun
try la usha usha tanya makcik tu pasal ramuan tambahan untuk menyedapkan santapan gua.

Gua tanya "Err, makcik, sambal belacan ada tak makcik ?? ",

Makcik jawab dengan konfiden "Ada ada, kejap ye makcik ambik ",

Okey cantik. Gua tunggu then makcik sampai bawak sambal gua. Then member gua pulak mengada ngada nak mintak satu lagi ,

Member gua "Makcik, ada sambal belacan lagi tak? Tak cukup la ni, mintak tambah lagi ek "

Makcik tu jawab "Kalo nak sambal, pegilah tanya dekat kedai yang jual nasi ayam ni . .",

Gua jadik heran dengarnya. Lalu gua tanya makcik tu ,

"Makcik, tadi makcik bagi kat saya sambal belacan tu kan?? dah habis dah ke ?? ",

Lalu makcik tu dengan konpiden jawab ,

"Oh , sambal belacan ! Makcik ingatkan sambal nasi ayam tu. YELA , MAKCIK SAKIT TEKAK NI, TAK BRAPE DENGOR SANGAT . .",


Gua terkesima. Ni makcik ni telinga dia dekat leher ke hape??
Gua syak makcik ni la yang pihak NASA tengah carik berkaitan dengan kes kes penampakan alien yang heboh di katakan di serata dunia ni.

Tahniah makcik, segala sakit sakit gua main futsal telah terubat dengan conversation yang cukup bermakna antara gua dengan makcik tu.





Saat saat sebelum gua jumpa dengan makcik tersebut







No comments:

Post a Comment

RUNGUTAN LU ORANG