Thursday, December 23, 2010

Sense of humor




Isnin malam selasa lepas, gua tak ingat tarikh, gua dengan budak budak kelas gua yang baru menganjurkan satu aktiviti mengeratkan silaturrahim sesama kami dengan bermain futsal.
So macam biasa lepas main, sah sah perasaan nak telan air sirap akan melanda gua.
Budak budak ni ajak lepak kedai gelas besar.
Ya, bagi masyarakat suku kaum Ipoh, InsyaAllah lu orang memang kenal tempat ni. Antara tempat fevret untuk individu yang suka teguk air banyak banyak dengan kadar yang murah sebab segelas air di kedai ni, bersamaan dengan segelas air bersaiz king di Mamak Ehsan.

Okey, lepas sampai, ambik port, then gua order. Sebab gua lapar nak mampus, gua ingat gua order benda yang paling senang dan cepat untuk tukang masak sediakan iaitu nasi ayam
(sebenarnya ni bukan fevret gua, tapi lapar punya pasal, gua sebat asalkan cepat).

Makcik "Order order, nak makan ape ",

Gua dengan konpiden jawab "Nasi ayam ada makcik ? ",

Makcik "Takde, tapi takpe, makcik boleh order kedai sana ",

Gua "Ok, cun lah makcik, kasik satu okeh ! ",

So selang 10 minit lepas tu, nasi gua sampai. Gua pun
try la usha usha tanya makcik tu pasal ramuan tambahan untuk menyedapkan santapan gua.

Gua tanya "Err, makcik, sambal belacan ada tak makcik ?? ",

Makcik jawab dengan konfiden "Ada ada, kejap ye makcik ambik ",

Okey cantik. Gua tunggu then makcik sampai bawak sambal gua. Then member gua pulak mengada ngada nak mintak satu lagi ,

Member gua "Makcik, ada sambal belacan lagi tak? Tak cukup la ni, mintak tambah lagi ek "

Makcik tu jawab "Kalo nak sambal, pegilah tanya dekat kedai yang jual nasi ayam ni . .",

Gua jadik heran dengarnya. Lalu gua tanya makcik tu ,

"Makcik, tadi makcik bagi kat saya sambal belacan tu kan?? dah habis dah ke ?? ",

Lalu makcik tu dengan konpiden jawab ,

"Oh , sambal belacan ! Makcik ingatkan sambal nasi ayam tu. YELA , MAKCIK SAKIT TEKAK NI, TAK BRAPE DENGOR SANGAT . .",


Gua terkesima. Ni makcik ni telinga dia dekat leher ke hape??
Gua syak makcik ni la yang pihak NASA tengah carik berkaitan dengan kes kes penampakan alien yang heboh di katakan di serata dunia ni.

Tahniah makcik, segala sakit sakit gua main futsal telah terubat dengan conversation yang cukup bermakna antara gua dengan makcik tu.





Saat saat sebelum gua jumpa dengan makcik tersebut







Monday, December 13, 2010

Sibuk @ BZ

Pehh , lama gua tak update sini.
Sejak El-Clasico melabuhkan tirai, gua pun turut berlabuh sama meraikan kemenangan mutlak
team fevret gua ni lawan team kaya babi.
Tak sempat nak ulas apa-apa pasal game tu dan gua rasa tak perlu pun sebab macam dah basi je nak cerita. Tapi apa-apapun gua tetap nak cakap game tu antara game terbaik Barca sejak gua kenal team Barca ni. Complete semua segi daripada player sampai tukang buat air.

Okey, hentikan mengarut gua yang kalau diteruskan, sampai esok tak habis.
Gua jarang update sekarang pasal gua tersangat sangat bz dan sibuk sejak gua dapat berita tergempar permohonan pertukaran kos dan poli gua dipersetujui oleh FIFA pada 29 hb 11 lepas.
Apa mimpi Sepp Blatter luluskan pun gua tak tau. Takpe yang penting hala tuju gua dah betul sangat dah ni.

So sekarang gua harus menempuh alam bz kembali yang gua rasa dapat memberi impak yang ketara terhadap sesi meng update blog gua. So kalau ada masa lagi nanti gua story pulak suasana class serta budak-budak baru yang gua kenal dekat kelas baru gua tu ok.
Chalow~