Perkara biasa yang sering segelintir orang lakukan di muka bumi ini.
termasuklah gua.
kenapa harus 'last minutes' ?? tanya gua kepada diri gua.
(Ya, memang nampak macam orang gila cakap sorang-sorang)
sedangkan gua sedia faham, kerja yang diberi tidaklah susah mana.
So, inilah perkara yang gua lakukan sepanjang 48 jam yang lalu.
Relax,lepak,santai,dan segala macam benda haram jadah lain yang tak berkaitan dengan ekonomi negara gua buat dalam usaha untuk merealisasikan
seruan 'last minutes' tanpa mempedulikan keadaan sekeliling,
dan ibarat bertapa di dalam kurungan sangkar, tanpa gangguan yang barangkali
boleh menyebabkan tercetusnya perang dunia ketiga sebab gua tak layan-layan lagi permintaan member gua ajak lepak minum.
Member gua, gua nampak cam relax je tak sound gua suruh setel kerja,
so gua pun 2 kali relax la. Kalau dia 4 kali relax gua 8 kali relax.
Kalau dia 2084278 kali relax, aa tu lu orang ambil kalkulator lu orang kira sendiri.
ternyata (cewah skema) kerja 'last minutes' juga kadangkala boleh membuatkan orang insomnia macam gua, merasa sangat tidak puas hati dan sering berkata di dalam hati
"alangkah bagusnya kalau ada satu hari lagi, confirm cantek je kerjanye.."
adooii.. berapa kali mau diulangi kata-kata sebegitu.
Gua kadang-kadang fedap gak ngan diri gua ,
dari 10 kerja gua nak buat , 8 sahaja kerja yang tak jadi.
Gua syak gua ni dah kena penyakit ,
"guaselalubuatkerjalastminitlepastukerjajadimacamharamjadah"
Semoga satu hari nanti gua insaf dan berubah. Amin !
doakan gua weh. Tanak doa? takpe,doakan mak abah lu orang supaya panjang umur.
so relax dulu, layan ni ha kejap ! pebret song gua !
Celaka, relax lagi !
No comments:
Post a Comment
RUNGUTAN LU ORANG