Thursday, April 16, 2009

si kaki clubbing & cita-cita murninya

Pada suatu malam yang agak sunyi.

jam di tangan menunjukkan tepat pukul 1.15 pagi

Ayu (bukan nama sebenar) bersama rakan-rakannya,

seramai 4 orang masih lagi di dalam perjalanan,

untuk menuju ke sebuah tempat hiburan

yang ke 11 pada minggu itu

tempat yang sering menjadi tumpuan ramai

untuk melepaskan tekanan kerja, masalah peribadi,

masalah keluarga dan lain-lain masalah lagila kononnya.

tempat yang sering dianggap sebagai syurga dunia,

yang menyediakan pelbagai keindahan

untuk membolehkan makhluk yang bergelar syaitan,

menguasai makhluk lemah yang bergelar manusia.


kembali kepada kisah ayu.

ayu baru sahaja 2 minggu memutuskan hubungannya dengan kekasihnya, akram

kerana tidak tahan dengan perangai akram yang suka berfoya-foya

dengan perempuan lain.

selepas memutuskan hubungan dengan akram,

ayu bertekad untuk mencari lelaki yang ikhlas dengannya,

yang pandai menjaga hatinya,

dan yang paling penting lelaki yang tidak suka berfoya-foya.

setelah lebih kurang 15 minit perjalanan,

mereka berlima sampai ke destinasi mereka.

tujuan ayu tidak lain dan tidak bukan ialah

untuk mencari pengganti akram.

lalu mereka masuk dan macam biasalah,

kalau dah namanya lelaki, mesti tergoda

jika melihat perempuan x cukup kain lalu di depan mereka.

lalu tampil seorang lelaki memperkenalkan diri kepada ayu.

setelah mereka berbual dan bergurau senda

sambil menikmati air kencing setan,

si lelaki misteri ini mengajak ayu untuk keluar dari situ.

ayu tanpa banyak bicara, mengikut sahaja lelaki itu

mereka menuju ke kereta lelaki itu.

setelah masuk ke dalam kereta, mereka berbual-bual

lelaki itu tanpa segan silu mula untuk memegang tangan ayu.

ayu berasa kurang selesa dan terkejut dengan kelakuan lelaki itu.

lalu ayu menolak secara perlahan tangan lelaki itu.

lelaki itu melawan dan kali ini cuba untuk memeluk ayu pula

ayu menolak dan melawan sekeras-kerasnya lelaki itu,

dan menampar lelaki itu. kemudian ayu pun keluar dari situ.

ayu segera mencari temannya kembali

dan mengajak mereka pergi ke tempat hiburan lain.

di dalam perjalanan ke tempat hiburan yang lain, ayu menceritakan kisah tadi kepada temannya.

dan ayu berkata ;

"kenapalah lelaki sekarang nih perangai teruk-teruk??
baru je kenal dah nak advance sangat..x boleh sabar ke??
susah betol nak carik lelaki yang bagus-bagus
yang boleh buat bf!!" Dengusnya.


++++

ayu dan rakannya meneruskan perjalanan

untuk mencari teman hidup yang baru,

yang menepati hasrat murninya

untuk mencari lelaki yang ikhlas dengannya,

yang pandai menjaga hatinya,

yang tidak suka berfoya-foya,

ke tempat hiburan yang ke 12....



moral of the story :

kalau nak memancing ikan haruan,

pancingla di lombong

jangan kita berniat nak pancing ikan haruan

tapi pancing di tengah-tengah laut.





Wednesday, April 15, 2009

Kisah perempuan yang tak reti bersyukur

Ada seorang gadis buta,

semua org bencikan dia kecuali kekasihnya.

gadis itu selalu berkata kepada kekasihnya yang tidak buta,

"saya akan menghwini awk klau saya blh melihat".

satu hari ada seorang lelaki yang baik hati,

mendermakan matanya kpd gadis itu,

lalu setelah proses pembedahan dibuat,

gadis itu berasa amat gembira kerana blh mlihat.

gdis itu berasa tidak sabar untuk berjumpa dengan kekasihnya,

untuk melihat wajah kekasihnya buat pertama kali.

si gadis berasa terkejut apabila melihat,

bahawa kekasihnya seorang yang buta jugak.

lalu kekasihnya berkata

"sudikah awak berkahwin dgn saya? "

lalu gadis itu menolak.

lelaki itu pergi & tersenyum sambil berkata

"JAGALAH MATA SAYA BAIK2"'



kesimpulannya, manusia tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada.

apabila beroleh sesuatu yang lebih baik,

tak pernah memandang orang yang kurang bernasib baik