Sunday, July 26, 2009

kisah banduan dan pengantin baru

Seorang banduan baru saja berjaya melarikan diri dari penjara setelah
dipenjarakan selama 20 tahun. Dalam perjalanannya, dia terjumpa sebuah
rumah dan memecah masuk kedalamnya untuk mencari duit. Tetapi yang
ditemukan hanyalah sepasang pengantin baru yang sedang tidur di atas katil
mereka.

Banduan itu mengarahkan pengantin lelaki turun dari katil dan mengikatnya
dikerusi. Kemudian sambil mengikat pengantin perempuan di katil, banduan
itu mencium lehernya, dan terus bergegas ke bilik mandi.

Sementara banduan berada di bilik mandi, pengantin lelaki berbisik kepada
isterinya: "Isteriku, dia adalah banduan yang melarikan diri dari penjara.
Lihat saja baju yang dipakainya, dia mungkin sudah lama dipenjara dan tentu
sudah lama tidak menyentuh wanita. Dari cara aku lihat dia mencium lehermu,
dia ingin melakukan hubungan seks denganmu, jangan menolak, jangan
mengeluh, lakukan sesuai dengan keinginannya, berikan kepuasan. Orang ini
merbahaya, jika marah, dia pasti membunuh kita.
Jadi bertahanlah sayang.. Abang cintakan ayang.."

Sambil tersenyum, pengantin perempuan membalas,
"Dia bukannya mencium leherku. Tapi dia berbisik ke telingaku. Dia cakap, dia ni homo
dan katanya abang seksi sekali dan dia bertanya dimana saya simpan body
lotion? Saya jawab di bilik mandi. Bertahanlah sayang.
Ayang cintakan abang juga.





Jatuhnya Seorang Wanita Seksi

Seorang wanita cantik dan seksi terjatuh dari tingkat 80 sebuah bangunan.Sampai jer di tingkat 70, seorang lelaki Inggeris berjaya menyambutnya.

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya…

Lelaki Inggeris : Sama2, tapi anda harus membalas budi…

Wanita : Bagaimana?

Lelaki Inggeris : Tidur dengan aku….

Wanita : Tak guna, kau ingat aku pelacur?! Tidak!!

Lelaki Inggeris : Baiklah kalau begitu…

Lelaki Inggeris itu melepaskan semula wanita itu. Di tingkat 50, seorg lelaki Perancis berjaya menyambut wanita itu.

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya…

Lelaki Perancis : Sama2, tapi anda harus membalas budi…

Wanita : Bagaimana?

Lelaki Perancis : Tidur dengan aku…

Wanita : Tak guna!! Aku tak mahu!

Lelaki Perancis: itu melepaskan semula wanita itu.

Dari tingkat 50,40.. dan 30,tidak ada sesiapa pun yang dapat menangkap wanita itu. Wanita itu mula ketakutan dan berharap, jika ada orang yang menyelamatkannya, dia tidak lagi kisah jika terpaksa tidur dengan orang tersebut. Akhirnya di tingkat 20, seorang lelaki Arab berjaya menyambut wanita itu.

Belum sempat lelaki Arab itu bersuara, wanita itu terlebih dahulu berkata-kata…

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya.. Sebagai membalas jasa, saya akan tidur dengan anda.
Lelaki Arab : Astaghfirullah.. (lalu melepaskan semula wanita itu kerana terkejut…)