Pada suatu malam yang agak sunyi.
jam di tangan menunjukkan tepat pukul 1.15 pagi
Ayu (bukan nama sebenar) bersama rakan-rakannya,
seramai 4 orang masih lagi di dalam perjalanan,
untuk menuju ke sebuah tempat hiburan
yang ke 11 pada minggu itu
tempat yang sering menjadi tumpuan ramai
untuk melepaskan tekanan kerja, masalah peribadi,
masalah keluarga dan lain-lain masalah lagila kononnya.
tempat yang sering dianggap sebagai syurga dunia,
yang menyediakan pelbagai keindahan
untuk membolehkan makhluk yang bergelar syaitan,
menguasai makhluk lemah yang bergelar manusia.
kembali kepada kisah ayu.
ayu baru sahaja 2 minggu memutuskan hubungannya dengan kekasihnya, akram
kerana tidak tahan dengan perangai akram yang suka berfoya-foya
dengan perempuan lain.
selepas memutuskan hubungan dengan akram,
ayu bertekad untuk mencari lelaki yang ikhlas dengannya,
yang pandai menjaga hatinya,
dan yang paling penting lelaki yang tidak suka berfoya-foya.
setelah lebih kurang 15 minit perjalanan,
mereka berlima sampai ke destinasi mereka.
tujuan ayu tidak lain dan tidak bukan ialah
untuk mencari pengganti akram.
lalu mereka masuk dan macam biasalah,
kalau dah namanya lelaki, mesti tergoda
jika melihat perempuan x cukup kain lalu di depan mereka.
lalu tampil seorang lelaki memperkenalkan diri kepada ayu.
setelah mereka berbual dan bergurau senda
sambil menikmati air kencing setan,
si lelaki misteri ini mengajak ayu untuk keluar dari situ.
ayu tanpa banyak bicara, mengikut sahaja lelaki itu
mereka menuju ke kereta lelaki itu.
setelah masuk ke dalam kereta, mereka berbual-bual
lelaki itu tanpa segan silu mula untuk memegang tangan ayu.
ayu berasa kurang selesa dan terkejut dengan kelakuan lelaki itu.
lalu ayu menolak secara perlahan tangan lelaki itu.
lelaki itu melawan dan kali ini cuba untuk memeluk ayu pula
ayu menolak dan melawan sekeras-kerasnya lelaki itu,
dan menampar lelaki itu. kemudian ayu pun keluar dari situ.
ayu segera mencari temannya kembali
dan mengajak mereka pergi ke tempat hiburan lain.
di dalam perjalanan ke tempat hiburan yang lain, ayu menceritakan kisah tadi kepada temannya.
dan ayu berkata ;
"kenapalah lelaki sekarang nih perangai teruk-teruk??
baru je kenal dah nak advance sangat..x boleh sabar ke??
susah betol nak carik lelaki yang bagus-bagus
yang boleh buat bf!!" Dengusnya.
++++
ayu dan rakannya meneruskan perjalanan
untuk mencari teman hidup yang baru,
yang menepati hasrat murninya
untuk mencari lelaki yang ikhlas dengannya,
yang pandai menjaga hatinya,
yang tidak suka berfoya-foya,
ke tempat hiburan yang ke 12....
moral of the story :
kalau nak memancing ikan haruan,
pancingla di lombong
jangan kita berniat nak pancing ikan haruan
tapi pancing di tengah-tengah laut.